Kekemasan tudung Ariani terletak pada awningnya. Jika sekiranya awning tudung jatuh cantik bila memakai tudung itu tandanya anda telah berjaya. Anda seterusnya ingin menjahit tudung sedemikian lagi...dan lagi...sebab ianya memang cantik dan mudah dipakai.
Ini ialah inner tudung B&J collection.
Kelihatan sis Chi2 dan sis Aisya sibuk menyiapkan tudung. Setakat ini sudah beberapa kali datang ke rumah akak untuk menjahit tudung dan mengakui bahawa memang seronoklah bila boleh jahit tudung sendiri. Boleh jimat sikit.
Akak ucapkan ribuan terima kasih kepada Ct kerana sudi menghiasai blog Khaty Sew ini.
Ct cakap kat akak "Alah tak apalah kak...Ct lagi suka"..