Khaty Sew

Tuesday, May 26, 2009

ANAK DIDIK 2 - FIDA

Assalamualaikum w.r.t,
Begitulah...Sis Fida merupakan anak didik akak yang kedua. Beliau juga ingin belajar membuat baju melayu. Gambar diambil ketika datang untuk belajar di rumah akak pada Ahad kedua. Dua kali Ahad memang sudah memadai untuk mempelajari silibus baju melayu jika sekiranya pelajar rajin membuat homework yang diberi, rajin dan cepat menangkap. Langkah-langkah seperti membuat kelim. poket dan pinggang seluar boleh disiapkan sendiri kerana bahagian-bahagian ini akak hanya tunjukkan cara-caranya sahaja kerana asasnya sama seperti membuat kemasan baju-baju yang lain. Bergantung samada kita ingin membuat kelim cara kelepet kemudian jahit atau jahit tepi terlebih dahulu kemudian jahit seperti biasa adalah pilihan si tukang jahit.
Tumpuan lebih masa selalunya akak berikan kepada cara-cara membuat kemasan leher dan kaedah melekatkan fly kiri dan kanan seluar.
Meskipun anak didik akak kali ini left-handed namun itu tidak menjadi kesulitan baginya kerana ada beberapa perkara beliau terpaksa imagine secara mirror image untuk memahir dan menerap pelajaran yang diajar kepada beliau.
Dalam gambar kali ini kelihatan akak dah kurus dan cengkung pula. Akak sihat...Alhamdullilah. Sebenarnya akak on-diet dan berat badan dah turun 7kg. Akak dah stop minum coffee, milo, gula dan garam. Akak saja nak fit disamping membuat persediaan untuk berjalan jauh nanti. Kemana ekk?.....Insyaalah...nanti akak beritahu. Sis Fida pula kelihatan happy pula almaklum...seluar dah hampir siap.

sessi menggosok...make sure kemas bahagian poket dan depan seluar.
"....... tak tau Cik Abang boleh pakai cun atau tidak....nampak macam besar jerr pinggangnya!"


..akak sedang menyelesaikan kekalutan tentang cara menjahit fly kiri dan kanan sebelum melekatkan zip.


fly kiri....dalam kes-kes tertentu terpaksalah kita kena buat snap satu kali (skit jerr) di hujung dalam fly kiri...ada berani?



...kemudian lekatkan zip...jangan risau...kita buat dia...kalau tak cantik...buka semula jahitan. latihan demi latihan menentukan kemahiran kita. Itulah seni jahit menjahit.



Kepada Sis Fida akak ucapkan semoga berjaya dalam bidang jahitan dan jangan malu untuk bertanya.

Labels:

posted by Khaty Sew at 1:41 AM 0 comments

Thursday, May 7, 2009

Satelite Map Rumah Khaty Sew


Assalamualaikum w.r.t...
Sila rujuk kepada satelite map di atas jika menghadapi kesulitan untuk datang ke rumah akak. Thanks to Fida for the map.

Kak Khaty

Labels:

posted by Khaty Sew at 12:40 AM 0 comments