Khaty Sew

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan



KK
posted by Khaty Sew at 7:12 PM 1 comments

Tuesday, August 18, 2009

Lengan Kembang Kembali Popular!


Fesyen lengan kembang pernah popular masa tahun 80an dulu. Sekarang popular semula. Ada juga antara customer akak yang ingin membuat lengan kembang cuff pada baju kurung dan jubah mereka.



Terdapat 2 cara, satu kembang hanya di bahagian cuff dan lagi satu potong di bahagian siku dan dikembangkan pada dua tempat iaitu siku dan hujung lengan bercuff.

Inilah polanya. Rajah 3 tu akak scan drp buku lama yang tersimpan. Kertas buku pun dah tukar warna kuning.
Kira kazanahlah kan. Tapi ilmu menjahit tetap tidak berubah dan boleh dibuat rujukan.







Lebih kurang macam nilah...




Sebenarnya akak sedang belajar melukis. Untuk ini akak menggunakan corel draw perfect. Kalau ada power point lagi elok.


posted by Khaty Sew at 7:20 PM 0 comments

Tuesday, August 4, 2009

Satu Jarum



Kepada anak-anak didik akak semoga anda rajin mengalunkan irama jarum anda. Insyaalah suatu hari nanti ianya boleh menggoncangkan dunia dengan hasil kerjatangan anda. Satu Jarum merupakan blog entry ditujukan khusus buat kamu.

Sila ikuti perkembangan jahitan mereka dari masa kesemasa di link tersebut. Pengalaman untuk berjaya dalam bidang jahitan kadangkala manis dan ada juga pahitnya. Cuma kita perlu tekun dan banyak bersabar.


Marilah kita sama-sama belajar menjahit, memahirkan diri kita tidak kira sebagai hobi untuk mengisi masa lapang atau sebagai salah satu profesyen yang boleh menjana pendapatan. Kepada anda yang ingin tersenarai di Satu Jarum sila daftar untuk belajar dengan akak. Hanya slot hari minggu sahaja dibuka untuk pembelajaran.




SAYA BERJAYA SELALU! INSYAALAH.


Nama mengukut urutan abjad dan akan dikemaskini dari masa kesemasa.


-----------------------------------------------------------------------------

Ajnie - KL

http://ajnie-isma.blogspot.com/

-------------------------------------------------------------------------------

Deeyarn@Fida - KL
http://deeyarn.blogspot.com/

------------------------------------------------------------------------------

Sue - KL
http://kemahirandiriku.blogspot.com/

-------------------------------------------------------------------------------

Tania - SELANGOR
http://busanatania.blogspot.com/


Sila klik link masing-masing untuk mengetahui perkembangan mereka.Terima Kasih.

Labels:

posted by Khaty Sew at 12:59 AM 5 comments