Khaty Sew
Thursday, December 31, 2009
ANAK DIDIK 7 - SUE COMEL
Assalamualikum w.r.t...
Di penghujung tahun 2009 sukalah akak mengupdate blog tentang anak didik ketujuh. Akak suka panggil Sue comel kerana orangnya kecil dan comel. Tetapi bercita-cita tinggi. Untuk permulaan ini ingin belajar menjahit baju kurung dahulu. Hendak merasa macam mana seronoknya bila dapat jait baju sendiri. Sue juga mendapat galakkan daripada Ajnie bekas kawan sepejabat sedikit masa dulu. Terima Kasih Ajnie atas dorongan itu. Dengar ceritanya sekarang Ajnie sudah pun mendapat tempahan tudung yerr.. Bagus tu. Semoga murah rezki di tahun yang mendatang ini. Syabas!
Memandangkan inilah pertama kali belajar menjahit dan tengah usha-usha untuk membeli mesin jahit, kelas akan disambung Jan 2010 kerana anak murid dan Cikgu ingin menghabiskan cuti hujung tahun di kampong.
Gambar di bawah kelihatan sue tenggelam di sebalik baju yang siap jahitan leher.
Labels: belajar menjahit baju kurung