Khaty Sew

Tuesday, July 14, 2009

ANAK DIDIK 4 - ZANA

Assalamualaikum w.r.t...

Antara sebab utama Sis Zana ingin belajar membuat Baju Melayu sendiri ialah kerana beliau mempunyai tiga orang anak lelaki dan termasuk suami berjumlah empat orang lelaki di dalam rumahnya. Bayangkan setiap tahun sejumlah ringgit mesti dibelanjakan untuk menempah baju melayu untuk dipakai di Hari Raya. Banyak tu!. Anak-anak makin besar dan sudah tentulah saiz tahun lepas tidak boleh dipakai lagi di tahun ini. Tambahan pula kos menempah baju melayu asyik naik dari tahun ke tahun. So, why not belajar jahit dengan Khaty Sew.



Perkara ini juga menjadi cabaran juga buat akak "to make sure" Sis Zana betul-betul boleh mengikuti apa yang akak ajar. Inilah dia...Semoga Berjaya yerr..."make sure tahun ni baju melayu suami dan anak-anak Zana sendiri yang jahit. Setahun sekali latihan menjahit sebanyak empat pasang boleh menjadikan kita mahir menjahit baju melayu".

SLOW AND STEADY
LAMA-LAMA MENJADI

Sepanjang pembelajaran hari itu tak habis-habis Sis Zana tergelak besar dan setiap step baru beliau berkata.."ini cabaran besar ni kak".


Akak jawab apa tau..."very easy, tak besar mana pun....bangsa lain dah lama pandai jahit baju melayu kita ni. Kalau tak dipecah ruyung tahun 2009...manakan nak dapat sagu pada tahun 2010. Kita mesti pandang kedepan".

Labels:

posted by Khaty Sew at 1:28 AM 0 comments

Monday, July 6, 2009

ANAK DIDIK 3 - Ajnie (belajar pasang piping)

Assalamualaikum w.r.t,
Setelah selesai belajar membuat Baju Melayu, kali ini Sis Ajnie nak belajar cara-cara memasang piping/bias/jalur serong pada baju kurung. Untuk pelajaran ini kain hendaklah dipotong terlebih dahulu di rumah sebelum datang rumah akak. Boleh jahit tepi di rumah akak. Kelas hanya 3.5jam sahaja. Antara langkah yang diajar ialah:



1. Untuk kemasan leher, student diberi penerangan pada kain sampel terlebih dahulu.
2. Kemudian student pula berlatih membuat pada kain sampel yang lain mengikut kaedah yang telah diajar
3. Akhirnya, setelah membuat latihan, student bolehlah beralih kepada kain baju kurung yang sebenar. Latih-tubi begini memang berkesan.
Nah, inilah hasilnya. Dah pun siap leher dan sebelah baju. Well done Sis! Balik nanti bolehlah disiapkan yang lagi sebelah tu yerrr....

posted by Khaty Sew at 1:14 AM 0 comments

Thursday, July 2, 2009

Oooo bling bling batu! (Airrrr...cryyy ...lik...stone)

Assalamualaikum w.r.t....




Entry kali ini menceritakan tentang batu bling bling. Sudah menjadi trend masa kini batuan dari berbagai warna dan bentuk menjadi hiasan dan penyeri pada kain untuk dibuat baju. Batu batu ini memang cantik dan bersinar-sinar apabila terkena pantulan cahaya lampu. Tahukah anda bahawa batu batuan ini juga akan melambatkan proses mengunting dan menjahit baju?
Kebiasaannya kita akan mencabut batuan tersebut dengan menggunakan kuku kita sebelum mula menjahit tepi dan seterusnya menjahit cantum baju. Jika kita bernasib baik batu batu yang agak-agak menghalang jahitan kita itu akan mudah tercabut bila ditarik dengan kuku. Senang kerja. Tetapi bagaimana pula ada setengah-setengah batu yang benar-benar melekat di kain. Agaknya gam yang digunakan benar-benar power.


Sudah tentu benang-benang kain akan terjerut sekali bersama batu. Nah..ini akan merosakkan kain pelanggan kita.
Caj ekstra 50sen juga akan dikenakan oleh si tukang jahit tepi jika sekiranya kita menghantar kain siap gunting ke kedai.




Jarum juga akan bengkok dan patah jika kita menjahit dengan tidak berhati-hati. Memang kesabaran diperlukan. Berikut ialah langkah-langkah mudah yang boleh kita praktikkan.


1. Gunakan seterika.




2. Setkan kepanasan seterika kepada 3 (Bergantung kepada jenis kain juga tetapi selalunya no. 3 jadi pilihan).

3. Kemudian dengan hanya menggunakan hujung runcing seterika kenakan kepada batu yang kita tidak kehendaki pada sebelah dalam kain untuk beberapa saat.



4. Setelah itu, terbalikkan kain dan kemudian kita kuiskan batu tersebut perlahan-lahan. Proses ini hendaklah dengan menggunakan hujung seterika juga. Pada tahap ini, batu memang panas dan gam menjadi cair.




5. Batu akan tertanggal dengan sendirinya. Berhati-hati supaya tidak memegang batu tesebut kerana suhunya yang panas. If accidentally terpegang, batu akan melekat pada kulit anda boleh melecur tau!.

Selamat bereksperimen

KK

edited*

Labels:

posted by Khaty Sew at 8:46 PM 0 comments