Khaty Sew

Wednesday, January 20, 2010

ANAK DIDIK 9 - ROS (on-line)

Salam di pagi Khamis yang ceria...




Anak didik 9 akak spesial sikit sebab belajar menjahit baju kebaya on-line. Teknik mengajar melalui email berserta foto. Keistimewaan belajar on-line ialah anda akan mendapat empat perkara seperti di bawah.


1. Jimat masa.


2. Nota on-line dan hard copy (di kirim melalui pos).


3. Pola baju yang di buat.


4. Baju siap dijahit. (baju jahitan sendiri dan baju jahitan akak untuk dibandingkan; akan di kirim melalui pos).



Secara kasar pola keseluruhan seperti di bawah.






so, khusus kepada Ros rajin-rajinlah buat homework sebab memang banyak dan kena buat sendiri. Apa-apa pun mesti selalu rajin bertanya.

Labels:

posted by Khaty Sew at 5:54 PM 3 comments

Monday, January 18, 2010

ANAK DIDIK 8 - CHI-CHI





Assalamualaikum w.r.t....





Selama ini Chi-chi tempah baju dengan akak. Dalam pada itu semangat ingin belajar menjait baju sendiri membara-bara. Pernah DIY tudung bersama-sama sedikit masa dulu. Baju Kurung, Blouse dan Kurung Riau sudah pandai buat katanya. Sekarang ingin belajar membuat skirt lipat batik yang mana katanya masih tidak cantik dan puas hati lagi. Selamat menjahit Chi-chi dan gunakanlah mesin jahit pemberian ibumu itu dengan sebaiknya kerana ianya merupakan hadiah yang paling bermakna.




MINAT MESTI ADA....SELEBIHNYA AKAN MENJADI JIKA RAJIN BERUSAHA.


Pakai gunting akak tu!....gunting barulah katakan, tajam sungguh.












Petang Ahad itu suasana menjadi bertambah meriah kerana Sue juga ingin sambung belajar membuat skirt kurung dan meminta akak komen tentang baju yang hampir siap dikerjakan sebagai homework. Sue hadir lambat sedikit atas urusan peribadi.




Kedut-kedut jahitan pada baju kurung Sue menjadi licin bila akak tunjukkan macam mana nak gosok. Hai....Kak Khaty...gosok pun ada cara ke?.


Setelah siap kami sempat bergambar bertiga. Kelas berakhir hampir-hampir jam 6.30pm.


Lewat malam itu Sue sempat siapkan skirt kurungnya di rumah dan sms foto kainnya kepada akak. Tahniah Sue dan terima kasih atas kiriman foto tersebut.

Malamnya akak tidur dengan lena keletihan tapi seronok sebab ada tukang urut kat umah..he..he..zzzzzzzzzz......

Labels:

posted by Khaty Sew at 11:28 PM 0 comments