Khaty Sew

Tuesday, May 31, 2011

ANAK DIDIK 24 - Zuria



Assalamualaikum w.r.t...



Jika kita dapat menjahit baju kurung sendiri memang jimat kata Zuria. Ingin belajar jahit
baju kurung pesak buluhnya sendiri merupakan hasrat utama untuk hari raya tahun ini disamping berjimat-jimat. Pada hari itu Zuria masih usha-usha untuk membeli mesin jahit.
Untuk belajar kali ini boleh gunakan mesin jahit yang sedia ada.


Well Zuria, belilah cepat mesin jahit tu yerr takut nanti lupa apa yang dibelajar.






Senyum happy Zuria kita bila baju siap di jahit.


Labels:

posted by Khaty Sew at 7:43 AM 0 comments

Sunday, May 22, 2011

ANAK DIDIK 23 - Salmi


Assalamualaikum w.r.t.,


Bulan Apr - May merupakan bulan yang agak sibuk bagi akak. Setiap minggu ada saja aktiviti hapening. Disamping mengajar akak pula yang dikena hantar untuk belajar. Rasa gementar juga apabila dikehendaki belajar lagi. Menuntut ilmu itu tidak mengira usia asalkan kita minat dan ingin belajar.



Pada pandangan akak walaupun pekara yang kita belajar itu kadang-kadang tidak berapa boleh digunapakai pada aktiviti kerja pejabat namun akak tidak mahu lepaskan peluang tersebut. Mungkin apa yang kita belajar boleh diajar pada anak-cucu kita di masa akan datang. Terkejut juga bila pihak hrd menyatakan bahawa kos kursus selama 5 hari itu mencecah RM6,000.



Sempat akak bergambar dengan fasilitator semasa training pada hari kedua. Gembiranya akak..sampai gelak besar. Seronok belajar benda yang kita tidak tahu. Sesekali akak tidak dapat ikut kena tanya jiran sebelah..hih.."pick-up slow!."






Berbalik kepada kelas jahitan hari minggu, anak didik akak yang ke 23 ialah Salmi. Ingin belajar semua jenis fesyen iaitu bermula dari sedikit pengetahuan tentang jahitan setelah belajar dengan akak selama 3XAhad kini sudah pandai menjahit baju kurung pesak buluh, kurung pesak gantung, blouse dan kurung moden. Kelas belajar terpaksa ditangguhkan kerana kesibukan masa. Insyaalah akan bersambung selepas raya untuk fesyen lain pula.


Ahad 1-baju kurung pesak buluh



Ahad 2 - baju kurung pesak gantung


Kelihatan di foto bawah Salmi menjahit menggunakan mesin portablenya yang baru dibeli kerana terlalu minat untuk belajar jahit.






Ahad 3 - jahit blouse asas dan kurung moden tak sempat ambil gambar. Well done Salmi...ada masa sms akak jika ada masalah.

KK

Labels:

posted by Khaty Sew at 8:47 PM 0 comments