Khaty Sew
Monday, June 27, 2011
ANAK DIDIK 26 - TANIA
Tania memilih pakej 180 dan sudah tentunya ketika ini telah pun membeli dua mesin jahit untuk belajar menjahit dan becita-cita untuk membuka butik sendiri di masa akan datang. Insyaalah.
Tania juga aktif berblog dan untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti Tania silalah klik sini. Akak dah pun add blognya di senarai Satu Jarum. Jika berminat boleh beli on-line dari blog Tania. Sila-silakanlah.
Langkah pertama ialah belajar menjahit baju kurung sendiri dan mesti menyiapkan dua pasang atau lebih sebulan. Setakat ini ok, cuma terdapat perkara-perkara yang akak perlu diulang semula. Belajar sesuatu kemahiran perlu banyak latihan dan tidak dengan pandang dan faham sahaja kerana latihan penting.
Akak follow-up dan pantau Tania selama dua bulan ini. Semoga dapat menyiapkan baju kurung untuk Raya 2011 sekali yer..
Walaupun baru belajar tetapi jelas Tania berjaya menyiapkan baju kurung di akhir kelas.
Tahniah Tania!. Keep it up.
Labels: belajar menjahit baju kurung
Monday, June 20, 2011
ANAK DIDIK 25 - BUNGA CARNATION (LIA)
Lia atau nama samarannya Bunga Carnation ingin belajar menjahit baju kurung untuk memenuhi masa lapang cuti semesternya. Minggu sebelum menghadir kelas jahit Lia sempat belajar membuat coklat anjuran salah sebuah kolej di sini.
Lia berhasrat untuk menjahit baju raya ibunya pada tahun ini. Bagus tu Lia teruskan membeli kain praktis lagi terutama bahagian leher dan cara menyelesai-kemaskan bahagian pinggang kain.
Di akhir kelas baju kurung siap 95%...
Labels: belajar menjahit baju kurung