Khaty Sew

Monday, November 21, 2011

ANAK DIDIK 27 - LINDA

Assalamualaikum w.r.t

Siapa sangka dengan tidak mempunyai pengetahuan menjahit boleh menyiapkan baju kurung dalam masa sehari. Itulah yang terjadi kepada Linda anak didik akak yang ke27. Berkali-kali akak tanya samada pernah belajar menjahit atau tidak sebab tidak percaya kali pertama menjahit sudah pandai.

Linda ingin belajar menjahit sebagai persediaan untuk menerima tempahan kerana beliau mempunyai kedai menjual baju seperti blaus, jubah dan sebagainya.



Riang ria terpancar di wajah Linda bila baju berjaya disiapkan malah sudah pun menyarungkan baju tersebut ke badannya. Emmm...boleh Linda pakai baju ini semasa pergi kerja nanti. Kata Linda sambil tersenyum.

Di akhir kelas akak sempat bergambar bersama sebagai kenangan. Maaf foto tak berapa jelas kerana diambil menggunakan kamera telefon bimbit.





Sekian....sayangilah diri anda...Wasalam.

Kak Khaty 2011.


Labels:

posted by Khaty Sew at 8:49 AM 0 comments