Khaty Sew

Friday, March 11, 2011

ANAK DIDIK 22 - Siti@Lana Lang


Assalamualaikum w.r..t...
Siti juga ingin belajar menjahit baju kurung moden. Agak mencabar juga pelajaran kali ini kerana kain yang dipilih oleh Siti merupakan kain chiffon berbatu. Katanya, ingin belajar cara-cara untuk menjahit "full lining" pada baju dan lengan.
Pada Ahad itu, tanpa diduga mesin jahit akak menghadapi masalah jahitan tak cantik. Jahitan menjadi tebal dan rapat-rapat. Sudah mencecah lima tahun akak pulun mesin ini tanpa henti. Harap-harap ianya tidak merajuk terus. Di sebabkan masalah terknikal seperti ini menambahkan lagi masa terbuang. Perlu servis lagi mesin kesayangan akak agaknya. Kadar jahitan meningkat terutama bila cuti sekolah dan Hari Raya.
Sungguhpun begitu bagi Siti cukup setakat akak tunjukkan langkah-langkah bagaimana untuk membuat pola, memotong dan menjahit zip sembunyi kerana tokei tudung ini sememangnya sudah mahir mengenai selok-belok menjahit.
Akak sempat berfoto dengan Siti walaupun baju kurung belum siap 100% dan akan disiapkan di rumah.




Kak Khaty

Labels:

posted by Khaty Sew at 12:39 AM 0 comments