Khaty Sew

Tuesday, April 14, 2015

Anak Didik: Ummi

Assalamualaikum ..

Minggu lepas Ummi telah berjaya mempelajari cara-cara mengukur, membuat pola diatas kertas , memotong dan seterusnya berjaya menjahit siap baju kurung riau. 

Ummi telah lama berhasrat untuk belajar jahit fesyen yang agak mencabar ini. Apa ada hal.  Jangan risau kita buat dia.  Fesyen mencabar siap juganya.  Alhamdullilah. 






Seperti biasa sempat berselfie sebagai kenangan. 

Ummi tersenyum sebab baju siap agak awal iaitu jam 5.00 petang kerana mencuri masa makan tengahari satu jam dan ini benar-benar intensif.  Jahit dan terus menjahit.




Kepada Ummi semoga berjaya dunia akhirat dan dapat mencapai impian 3M.  Amin. Insyaalah.

Sekian dari bilik jahit saya yang comel.

KK.

Labels: ,

posted by Khaty Sew at 7:39 PM 0 comments

Wednesday, April 1, 2015

Anak Didik: Irda

Untunglah kalau minat menjahit di usia muda.  Penuh tenaga, kurang stress dan mata pun terang-benderang.  Masa juga dapat digunakan dengan produktif dan proaktif.

Begitulah harapan Kak Khaty pada anak didik kali ini.  Sementara menunggu keputusan upu untuk melanjutkan pelajaran Irda mengorak langkah untuk belajar menjahit baju kurung pesak buluh. Hasil dorongan ibu tersayang beliau mengambil pakej150.  




Kak Khaty "thumbs-up" sebab baju berjaya disiapkan.


Alhamdullillah baju siap lepas solat maghrib.


posted by Khaty Sew at 2:37 AM 0 comments