Khaty Sew

Tuesday, October 20, 2015

Seribu kemungkinan tahun 2016...hanya doa yang ku pinta...Aaminn..!

posted by Khaty Sew at 12:46 AM 0 comments

Monday, October 19, 2015

Anak Didik: Afeeza dan Nurul

Assalamualaikum w.r.t..dan Salam Sejahtera..

Di luar sana berjerebu.  Minggu lepas jerebu berkurangan namun hari ini balik semula dan nampaknya bertambah teruk.  Harapan agar hujan turun seperti biasa kerana sekurang-kurangnya dapat juga menambah bersihkan udara persekitaran kita.

Kak Khaty terpaksa tangguhkan aktiviti luar berjalan 1 jam sehari yang telah menjadi rutin seharian.  Bila kita tidak mengeluarkan peluh perut pula rasa lapar saja nak makan.  Bila eksersais perut kurang lapar.  Sarapan oats dua sudu boleh tahan sampai tengah hari.  Lagi banyak kita bersukan lagi banyak lemak dibakar dan rasa lapar pun kurang.

Walaupun jerebu di luar, aktiviti belajar menjahit seperti biasa.   Kali ini Afeeza dan Nurul pula belajar menjahit baju kurung moden dan kain duyung. Afeeza membawa mesin jahitnya sendiri maka senanglah nak belajar.

Kelihatan di bawah  Nurul sedang mencantum baju dengan teliti.  Cuba perhatikan di luar sana tu. Hari pun dah malam...


Afeeza dan Nurul duduk satu bangku sebab tiba-tiba mesin jahit Afeeza buat hal.  Jahitan bawah tak berapa nak cantik.  Jadinya, terpaksalah sorang jahit, sorang tengok.



Di akhir kelas masing-masing puas hati dan kelihatan Nurul sedang memakai baju yang telah siap dijahit. 

Alhamdullilah...dah boleh dah.....teruskan sehingga pandai ok.


Labels:

posted by Khaty Sew at 12:40 AM 0 comments

Monday, September 28, 2015

Anak Didik : Wani

Belajar menjahit blaus dan kain lipat batik.  





Alhamdullilah.  Semoga Wani berjaya di dunia dan akhirat hendaknya.  Aaminn.

Labels:

posted by Khaty Sew at 11:19 PM 0 comments

Friday, August 7, 2015

Anak Didik: 5 staff Bunga Tailor


Biha dan Mariam masing dengan kurung moden dan dress.  





Dari kiri Mariam, Mar, Tia, Aida dan Biha.



 pola, kain, gunting dll bersepah atas lantai..



sempat nak berselfie walaupun dah pukul 9.00 malam.  Kuat semangat untuk siapkan jahitan. 



Alhamdullillah siap juga jahitan baju walaupun tidak 100 peratus.  Semoga kamu semua berjaya mencapai cita-cita dan rajin-rajinlah berlatih selalu.  Insyaalah.

Labels:

posted by Khaty Sew at 11:00 PM 0 comments

Thursday, June 25, 2015

Anak Didik: Lia

Alhamdullilah siap juga baju kurung traditional Lia dengan mengambil tambahan masa.  Akak doakan semoga Lia sentiasa dilindungi Allah dan berjaya selalu hendaknya di dunia dan akhirat Aamin..Teruskan menjahit yerr...



posted by Khaty Sew at 10:56 PM 0 comments

Monday, June 1, 2015

Anak Didik : Fidah

Day 1: 

Belajar menjahit baju kurung pesak gantung.  Alhamdulillah baju berjaya disiapkan dengan jayanya dan Fidah melaporkan kepada akak bahawa anaknya akan menjadikan baju kurung tersebut sebagai koleksi baju feberet.  

Walaupun hobi menjahit telah lama ditinggalkan dan mesin jahit yang dibeli dibiarkan berhabuk lama, namun bila "mind setting" bertekad yang terbaik, maka jadilah baik akhirnya.  
  
Inilah gambar baju siap yang sempat diambil di akhir kelas.  



Day 2:

Belajar jahit jubah.  Baju berjaya disiapkan jam 6.30pm walaupun pada mulanya baju tidak berapa nak sedap pakai. 

Setelah di "post-mortemkan" bersama iaitu dengan mengurangkan basi jahitan kiri-kanan baju akhirnya barulah boleh berpuas hati.  JANGAN RISAU KITA BUAT DIA...haha...




Kepada Fidah akak ucapkan semoga berjaya di dunia dan akhirat.  Amin.

Sekian lapuran dari bilik jahit saya yang comel..

Kak Khaty.
duajun2015

Labels: , , ,

posted by Khaty Sew at 11:47 PM 0 comments

Tuesday, April 14, 2015

Anak Didik: Ummi

Assalamualaikum ..

Minggu lepas Ummi telah berjaya mempelajari cara-cara mengukur, membuat pola diatas kertas , memotong dan seterusnya berjaya menjahit siap baju kurung riau. 

Ummi telah lama berhasrat untuk belajar jahit fesyen yang agak mencabar ini. Apa ada hal.  Jangan risau kita buat dia.  Fesyen mencabar siap juganya.  Alhamdullilah. 






Seperti biasa sempat berselfie sebagai kenangan. 

Ummi tersenyum sebab baju siap agak awal iaitu jam 5.00 petang kerana mencuri masa makan tengahari satu jam dan ini benar-benar intensif.  Jahit dan terus menjahit.




Kepada Ummi semoga berjaya dunia akhirat dan dapat mencapai impian 3M.  Amin. Insyaalah.

Sekian dari bilik jahit saya yang comel.

KK.

Labels: ,

posted by Khaty Sew at 7:39 PM 0 comments