Assalamualaikum w.r.t..dan Salam Sejahtera..
Di luar sana berjerebu. Minggu lepas jerebu berkurangan namun hari ini balik semula dan nampaknya bertambah teruk. Harapan agar hujan turun seperti biasa kerana sekurang-kurangnya dapat juga menambah bersihkan udara persekitaran kita.
Kak Khaty terpaksa tangguhkan aktiviti luar berjalan 1 jam sehari yang telah menjadi rutin seharian. Bila kita tidak mengeluarkan peluh perut pula rasa lapar saja nak makan. Bila eksersais perut kurang lapar. Sarapan oats dua sudu boleh tahan sampai tengah hari. Lagi banyak kita bersukan lagi banyak lemak dibakar dan rasa lapar pun kurang.
Walaupun jerebu di luar, aktiviti belajar menjahit seperti biasa. Kali ini Afeeza dan Nurul pula belajar menjahit baju kurung moden dan kain duyung. Afeeza membawa mesin jahitnya sendiri maka senanglah nak belajar.
Kelihatan di bawah Nurul sedang mencantum baju dengan teliti. Cuba perhatikan di luar sana tu. Hari pun dah malam...
Afeeza dan Nurul duduk satu bangku sebab tiba-tiba mesin jahit Afeeza buat hal. Jahitan bawah tak berapa nak cantik. Jadinya, terpaksalah sorang jahit, sorang tengok.
Di akhir kelas masing-masing puas hati dan kelihatan Nurul sedang memakai baju yang telah siap dijahit.
Alhamdullilah...dah boleh dah.....teruskan sehingga pandai ok.
Labels: belajar menjahit baju kurung moden
Belajar menjahit blaus dan kain lipat batik.
Alhamdullilah. Semoga Wani berjaya di dunia dan akhirat hendaknya. Aaminn.
Labels: belajar menjahit baju kurung moden
Biha dan Mariam masing dengan kurung moden dan dress.
Dari kiri Mariam, Mar, Tia, Aida dan Biha.
pola, kain, gunting dll bersepah atas lantai..
sempat nak berselfie walaupun dah pukul 9.00 malam. Kuat semangat untuk siapkan jahitan.
Alhamdullillah siap juga jahitan baju walaupun tidak 100 peratus. Semoga kamu semua berjaya mencapai cita-cita dan rajin-rajinlah berlatih selalu. Insyaalah.
Labels: belajar menjahit baju kurung moden
Assalam semua..
...kelas kedua Tania iaitu belajar buat kurung moden. Senyum dan gembira saja Tania maklumlah sekarang dah berani mengambil tempahan menggunakan mesin jahit industri yang telah dibelinya.
Tahniah Tania...
Gaya Tania dengan baju kurung modennya..
..lagi...
dengan akak sebagai kenangan.
dari bilik jahit Khaty Sew
Labels: belajar menjahit baju kurung moden