Khaty Sew

Friday, April 24, 2009

Baju Kurung Riau Kain Songket untuk Rozy

Baju Kurung Riau dari kain songket untuk Rozy Sarawak. Kepada anda yang beminat untuk menjahit sendiri Kurung Riau ini "please feel free to download and copy" pola di bawah. Akak juga telah sisipkan tentang bagaimanakah caranya untuk membuat kain duyung. Nota ringkas juga disediakan...So...enjoy your sewing..kepada yang masih tidak mempunyai mesin jahit tu...well...try to get one.."berbaloi-baloi"










Labels:

posted by Khaty Sew at 7:40 PM 2 comments

Tuesday, April 21, 2009

ANAK DIDIK 1- MURNI























Akak lebih suka menggelarkan anak didik sebab inginkan mahu bidang jahitan ini berkembang bersama. Sepanjang masa akak akan cuba pantau supaya mutu jahitan bertambah baik meski pun telah tamat belajar. Tetapi itu pun atas daya usaha sendiri. Kalau lepas belajar perap lama-lama kemudian lupa tidaklah dapat akak nak tolong.

Setelah habis masa 4 kali Ahad iaitu belajar menjahit blouse dan baju melayu, akak berharap semoga Sis Murni bolehlah mengorak langkah ke depan untuk membuat baju orang-orang yang terdekat dengannya seperti baju anak, suami dan sebagainya. Dengan cara ini beliau akan melalui banyak latihan dan mutu jahitan akan bertambah baik lagi.

Teringat masa akak mula-mula belajar menjahit dahulu, mesin dah beli namun jahitan masih lagi bengkang bengkok bila jahit lurus. Mata tak tahu kemana hendak ditumpukan. Oleh itu akak membuat keputusan untuk membeli kain dan jahit langsir sendiri. Langsir pada asasnya memang bagus untuk belatih kemahiran jahitan lurus.

Buat masa kini Sis Murni perlu banyak latihan dan keyakinan. Akak ucapkan selamat maju jaya khusus kepada Sis Murni. Akak akan umumkan blognya apabila beliau telah bersedia Insyaalah. Mungkin mengambil masa 6 - 12 bulan sebab babynya sedang membesar dan hanya dapat meluangkan masa semasa baby tidur. Namun itu tidak menjadi halangan kepadanya untuk terus menjahit.

Kepada yang ingin menjadi anak didik boleh menghubungi akak di 012-6100892 atau di khatysew@gmail.com. Keterangan mengenai pakej belajar boleh klik disini: http://khatysew.multiply.com/
Pakej easy payment juga menanti anda!
SELAMAT MAJU JAYA!
Kak Khaty

Labels:

posted by Khaty Sew at 9:46 PM 0 comments

Friday, April 3, 2009

Makluman Pertukaran Email

Assalamualaikum w.r.t...

Kebelakangan ini akak mendapat kesukaran untuk login di email lama khadijah_abdulmannan@yahoo.com.


Oleh yang demikian, mulai dari saat ini sebarang pertanyaan
dan email sila hantarkan ke gmail terkini iaitu :-
khatysew@gmail.com


Segala kesulitan amatlah dikesali.
Wassalam
Kak Khaty

Labels:

posted by Khaty Sew at 1:39 AM 0 comments