Khaty Sew
Tuesday, April 21, 2009
ANAK DIDIK 1- MURNI
Akak lebih suka menggelarkan anak didik sebab inginkan mahu bidang jahitan ini berkembang bersama. Sepanjang masa akak akan cuba pantau supaya mutu jahitan bertambah baik meski pun telah tamat belajar. Tetapi itu pun atas daya usaha sendiri. Kalau lepas belajar perap lama-lama kemudian lupa tidaklah dapat akak nak tolong.
Setelah habis masa 4 kali Ahad iaitu belajar menjahit blouse dan baju melayu, akak berharap semoga Sis Murni bolehlah mengorak langkah ke depan untuk membuat baju orang-orang yang terdekat dengannya seperti baju anak, suami dan sebagainya. Dengan cara ini beliau akan melalui banyak latihan dan mutu jahitan akan bertambah baik lagi.
Teringat masa akak mula-mula belajar menjahit dahulu, mesin dah beli namun jahitan masih lagi bengkang bengkok bila jahit lurus. Mata tak tahu kemana hendak ditumpukan. Oleh itu akak membuat keputusan untuk membeli kain dan jahit langsir sendiri. Langsir pada asasnya memang bagus untuk belatih kemahiran jahitan lurus.
Buat masa kini Sis Murni perlu banyak latihan dan keyakinan. Akak ucapkan selamat maju jaya khusus kepada Sis Murni. Akak akan umumkan blognya apabila beliau telah bersedia Insyaalah. Mungkin mengambil masa 6 - 12 bulan sebab babynya sedang membesar dan hanya dapat meluangkan masa semasa baby tidur. Namun itu tidak menjadi halangan kepadanya untuk terus menjahit.
Kepada yang ingin menjadi anak didik boleh menghubungi akak di 012-6100892 atau di khatysew@gmail.com. Keterangan mengenai pakej belajar boleh klik disini: http://khatysew.multiply.com/
Pakej easy payment juga menanti anda!
SELAMAT MAJU JAYA!
Kak Khaty
Labels: belajar menjahit
posted by Khaty Sew at 9:46 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home