Khaty Sew
Wednesday, November 26, 2008
Apa itu Khaty Sew
Segala-galanya tentang jahitan.
Blog akak yang entah ke berapa kali ini berlatar belakangkan sebelah mata kanan yang menawan dan tunduk rasa malu. Mata memainkan peranan penting bila menjahit. Oleh itu kita hendaklah jaga baik mata kita. Masa remaja dulu akak memang suka dengar lagu Noor Kumalasari bertajuk mata. Antara lirik lagu tersebut ialah:
Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya
Matalah puncanya
Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya
Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati
Oh mata memandangku
Membuat ku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku
Konsep mata kat sini ialah hasil menjahit yang sedap mata memandang. Bukan cintan-cintan punya konsep. Oleh itu hargailah mata dan selalu-selalulah melihat hijau pokok, daun dan rumput. Kalau ada peluang, semasa balik kampong tu, di ketika cuaca baik cubalah titiskan embun di hujung daun ke mata kita di waktu pagi. Di KL mana nak dapat embun segar kerana pencemaran udara. Memang susah untuk mendapatkan walau setitik tetapi kalau dicuba tentu berhasil.
Labels: mari menjahit dengan Kak Khaty
posted by Khaty Sew at 6:05 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home