Khaty Sew

Friday, April 30, 2010

ANAK DIDIK KE-11 - HARYATTI (YATT)

Assalamualaikum.w.r.t...

Jurutera muda yang ingin mendalami bidang jahitan sebagai hobinya. Memilih pakej180 sebagai langkah pertama untuk berjinak-jinak dalam bidang jahitan. Pengalaman menjahit semasa sekolah dahulu tidak dibiarkan malap begitu sahaja.



Sebagai follow-up untuk pekej180 Yatt dikehendaki menyiapkan paling kurang sepasang baju kurung sebulan dan kalau rajin lagi boleh siapkan lebih daripada itu. Jangan risau ada beberapa tips yang boleh kita praktikan jika sekiranya kita ingin menjahit lebih dari sepasang baju yang sama dalam satu masa. Nantikan blognya tersenarai di 1-Jarum.

Kelihatan Yatt sedang mencantum bahagian pesak dan kekek baju kurung.







Gambar dibawah pula akak dengan Yatt yang telah di "old book" kan .




posted by Khaty Sew at 8:15 PM 0 comments

Friday, April 23, 2010

Belajar On-line - Cara Menjahit Piping/ Bias Baju Kurung

Assalamualaikum .w.r.t..

Sukalah akak war-warkan di sini bahawa on-going on-line kelas menjahit piping/bias. Kepada sesiapa saja yang berminat sila maklumkan kepada khatysew@gmail.com

SATU MINGGU saja...

Wassalam
KK

Labels:

posted by Khaty Sew at 10:00 AM 6 comments

ANAK DIDIK KE-10 - ASLINA (AS)

Assalamualaikum w.r.t...


Salam ceria di pagi Jumaat. Akak suka update blog pagi Jumaat. Pagi yang mulia berbanding dengan seribu pagi. Di pagi Jumaat juga kita berdoa agar Allah mengampumkan dosa-dosa kita. Berdoa agar Allah mengampun dosa dan memberi taufik hidayahnya kepada kedua ibubapa kita, kepada suami kita dan anak-anak kita, kawan-kawan khususnya anak didik kita dan juga kepada semua saudara-mara seislam kita tidak kira di mana anda berada. Pagi Jumaat Semangat Baru. AMIN.

Kelas menjahit ONE-2-ONE akak seperti biasa di pagi Ahad di teruskan dengan anak didik kesepuluh. Bermula dari asas akak go slow-slow. Bercita-cita tinggi iaitu ingin membuka butik dan menumpukan sepenuh masa untuk menjahit dan membuat gubahan tangan. Semoga berjaya. Amin.


Langkah yang pertama ialah memulakan pelajaran dengan menjahit baju kurung. Kemudian blaus dan seterus...Semoga tidak berputus asa dan jangan risau rumah akak dekat jerr. Paling utama selepas belajar sesuatu fesyen hendaklah kita menyiapkan paling kurang seminggu SATU BAJU dan paling penting mesin jahit yang baru dibeli itu tidak dibiar kesejukan begitu saja.

Foto di bawah kelihatan As telah pun menyiapkan bahagian leher baju. Itu pun dan hampir pukul 6.00pm dan lain-lain bahagian terpaksa disiapkan sebagai homework. Boleh juga datang kerumah akak jika sekiranya memerlukan tunjuk ajar.
Baru pertama kali bertemu, seolah dah lama kenal. Lepas lunch kami bersembang panjang sehingga tangan kering di pinggan kerana asyik bercerita tentang pengalaman mengerjakan umrah Mac 2010 lepas.




Sempat bergambar kenangan walaupun baju tak siap lagi.



Labels:

posted by Khaty Sew at 8:00 AM 0 comments

Thursday, April 8, 2010

Anda Buat Anda Dapat

Assalamualaikum..w.r..t..


Berikut ialah baju kebaya berbunga kuning yang telah dijahit oleh Ros. Meski pun ada sedikit bahagian yang perlu diperbaiki namun secara keseluruhan dari segi jahitan dan kemasan mendapat markah "BAIK". Janji boleh pakai dan bahagian-bahagian yang dicantum tidak senget benget. Jahitan lisu juga lurus dan kemas.


Tempoh masa menjahit tidak terhad meskipun Cikgu ambil lebih masa untuk mengirim semula kebaya tersebut berserta dengan kebaya (bunga biru) yang Cikgu jahit, nota-nota dan pola.
Ros berkata:

.......................

Kebaya 2 ok cantik n padan dgn ros, tp yang x cantiknya nmpak la punggung ros yang
besar ni yang x cantiknya. kain untuk baju kebaya 2 pun cantik pandai akak
pilih................

ok tQVM.
Sesekali melaram dengan kebaya jahitan sendiri apalah salahnya. Itu kan kepuasan namanya!

Labels:

posted by Khaty Sew at 7:16 PM 0 comments