Khaty Sew
Friday, April 23, 2010
ANAK DIDIK KE-10 - ASLINA (AS)
Salam ceria di pagi Jumaat. Akak suka update blog pagi Jumaat. Pagi yang mulia berbanding dengan seribu pagi. Di pagi Jumaat juga kita berdoa agar Allah mengampumkan dosa-dosa kita. Berdoa agar Allah mengampun dosa dan memberi taufik hidayahnya kepada kedua ibubapa kita, kepada suami kita dan anak-anak kita, kawan-kawan khususnya anak didik kita dan juga kepada semua saudara-mara seislam kita tidak kira di mana anda berada. Pagi Jumaat Semangat Baru. AMIN.
Kelas menjahit ONE-2-ONE akak seperti biasa di pagi Ahad di teruskan dengan anak didik kesepuluh. Bermula dari asas akak go slow-slow. Bercita-cita tinggi iaitu ingin membuka butik dan menumpukan sepenuh masa untuk menjahit dan membuat gubahan tangan. Semoga berjaya. Amin.
Langkah yang pertama ialah memulakan pelajaran dengan menjahit baju kurung. Kemudian blaus dan seterus...Semoga tidak berputus asa dan jangan risau rumah akak dekat jerr. Paling utama selepas belajar sesuatu fesyen hendaklah kita menyiapkan paling kurang seminggu SATU BAJU dan paling penting mesin jahit yang baru dibeli itu tidak dibiar kesejukan begitu saja.
Sempat bergambar kenangan walaupun baju tak siap lagi.
Labels: belajar menjahit baju kurung
0 Comments:
Post a Comment
<< Home