Khaty Sew

Tuesday, July 14, 2009

ANAK DIDIK 4 - ZANA

Assalamualaikum w.r.t...

Antara sebab utama Sis Zana ingin belajar membuat Baju Melayu sendiri ialah kerana beliau mempunyai tiga orang anak lelaki dan termasuk suami berjumlah empat orang lelaki di dalam rumahnya. Bayangkan setiap tahun sejumlah ringgit mesti dibelanjakan untuk menempah baju melayu untuk dipakai di Hari Raya. Banyak tu!. Anak-anak makin besar dan sudah tentulah saiz tahun lepas tidak boleh dipakai lagi di tahun ini. Tambahan pula kos menempah baju melayu asyik naik dari tahun ke tahun. So, why not belajar jahit dengan Khaty Sew.



Perkara ini juga menjadi cabaran juga buat akak "to make sure" Sis Zana betul-betul boleh mengikuti apa yang akak ajar. Inilah dia...Semoga Berjaya yerr..."make sure tahun ni baju melayu suami dan anak-anak Zana sendiri yang jahit. Setahun sekali latihan menjahit sebanyak empat pasang boleh menjadikan kita mahir menjahit baju melayu".

SLOW AND STEADY
LAMA-LAMA MENJADI

Sepanjang pembelajaran hari itu tak habis-habis Sis Zana tergelak besar dan setiap step baru beliau berkata.."ini cabaran besar ni kak".


Akak jawab apa tau..."very easy, tak besar mana pun....bangsa lain dah lama pandai jahit baju melayu kita ni. Kalau tak dipecah ruyung tahun 2009...manakan nak dapat sagu pada tahun 2010. Kita mesti pandang kedepan".

Labels:

posted by Khaty Sew at 1:28 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home