Khaty Sew

Monday, July 6, 2009

ANAK DIDIK 3 - Ajnie (belajar pasang piping)

Assalamualaikum w.r.t,
Setelah selesai belajar membuat Baju Melayu, kali ini Sis Ajnie nak belajar cara-cara memasang piping/bias/jalur serong pada baju kurung. Untuk pelajaran ini kain hendaklah dipotong terlebih dahulu di rumah sebelum datang rumah akak. Boleh jahit tepi di rumah akak. Kelas hanya 3.5jam sahaja. Antara langkah yang diajar ialah:



1. Untuk kemasan leher, student diberi penerangan pada kain sampel terlebih dahulu.
2. Kemudian student pula berlatih membuat pada kain sampel yang lain mengikut kaedah yang telah diajar
3. Akhirnya, setelah membuat latihan, student bolehlah beralih kepada kain baju kurung yang sebenar. Latih-tubi begini memang berkesan.
Nah, inilah hasilnya. Dah pun siap leher dan sebelah baju. Well done Sis! Balik nanti bolehlah disiapkan yang lagi sebelah tu yerrr....

posted by Khaty Sew at 1:14 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home