Assalamualikum w.r.t.
SOMETHING IS BETTER THAN NOTHING
Tidak salah belajar menjahit bila sudah bersara. Begitulah yang berlaku pada anak didik akak yang keenam ini. Gara-gara ingin dan semangat mahu belajar maka beliau memilih akak untuk mendidiknya. Alhamdullilah. Akak cuba untuk memperturunkan ilmu yang sedikit cuma ini sebaik-baiknya.
Sis Maziah mempunyai pengetahuan menjahit yang sedikit. Bermula mengajar dari A...iaitu berbicara tentang peralatan jahitan, cakap-cakap pasal gunting yang tajam dan mesin jahit..sehinggalah praktis menjahit lurus dan jahit tepi interlocking. Itu belum lagi termasuk pasal macam mana nak lekatkan zip biasa. Akak go slow slow..
Selesai belajar asas barulah kita memulakan kelas...dengan bacaan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, kita mulai tentang cara mengambil ukuran di badan dan pada baju siap....sehinggalah menjahit. Masa berlalu begitu pantas dan kelas baju kurung pada Ahad itu berlanjutan sehingga jam 6.45 petang.
Akak telah menunjukkan kepada Sis Maziah tentang cara mudah dan gerenti kemas tentang cara-cara menjahit leher baju kurung seperti foto diatas. Memandangkan sudah terlebih masa dan Cik Abang sudah menelefonnya dari bawah berkali-kali maka jahitan seperti mencantum pesak ke badan dijadikan sebagai homework.
Insyaalah kelas akan disambung pada hari Ahad yang sesuai untuk belajar tentang cara-cara membuat skirt kurung, melekatkan zip dan tambahan belajar tentang cara-cara membuat blouse.
Sis Maziah penyegan orangnya, so akak minta izin snap foto nya tetapi bahagian tangan saja yang diizinkan untuk diupload ke blog akak. Minta maaf banyak-banyak yerr...
Labels: belajar menjahit baju kurung
0 Comments:
Post a Comment
<< Home