Khaty Sew
Monday, April 30, 2012
TARIKH KERAMAT BUAT KU - 20 Jan 2012
kalaulah aku tahu bahawa dirimu berada di dalam lingkungan "100 hari itu" tidak akan aku berganjak dari sisimu. Tidak akan aku balik ke KL seperti biasanya setelah bercuti lama di kampung. Akan ku belai dan temani diri mu lebih daripada biasa. Sememangnya dari dahulu semasa sekolah sehingga kini ibulah tempat aku meluahkan perasaan dan tempat aku mengadu.
Ibu pada hari itu banyak berdiam dan tersenyum. Pernah pada suatu ketika sewaktu berkunjung ke rumah ku, ibu ingin memberi pada aku loket batu nilam bertatahkan berlian yang dipakainya selalu kepada aku. Aku menolak atas sebab sebab tertentu. Mungkin ibu masih ingat lagi agaknya bahawa aku pernah mengadu padanya yang loket berlian yang pernah diberi olehnya telah hilang dicuri orang kerana rumah kami dimasuki orang dan ingin memberi kepunyaannya pada aku sebagai ganti.
Aku pada masa itu terkilan juga kerana rasanya telah mengecilkan hati ibu. Aku menolak kerana ingin menjaga hati adik-beradik yang lain. Kalau aku ambil dan pakai "apa pula mereka cakap"--ini tak adil. Namun siapalah aku. Walau "terasa" kelainan sewaktu hendak berangkat pulang ke KL seperti selalunya, "terasa" itu kalah oleh perasaan "tidak mungkin".
Kini ibu telah kembali ke rahmatullah buat selama-lamanya. Ibu sudah tiada. Allah lebih menyayangimu ibu. Aku kira perjuangan mu kini telah selesai. Semoga Allah menempatkan rohmu dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat ibuku Hajah Hasmah Binti Aminah...Al-Fatihah....
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
..............................