Khaty Sew

Monday, May 28, 2012

ANAK DIDIK 34 - Ina



Assalamualaikum w.r.t....

Ina sudah pun pandai menjahit.  Malah menjahit tudung dan membuat cup cake merupakan aktivi sambilannya.  

Memang benar selagi ada nyawa di badan kita mesti belajar.  Menuntut ilmu itu wajib selagi ada kemampuan dan peluang.  Hari ini Yati@Ina ingin belajar membuat bkurung moden.  Pernah belajar menjahit bkurung moden suatu masa dahulu namun kerana tidak berpuas hati dengan outcome yang diperolehi beliau ingin belajar lagi.  

Hasil dari pemerhatian yang agak lama pada "Khaty Sew" akhirnya Yati membuat keputusan untuk belajar dengan akak.  Basically, banyak tips baru yang berjaya akak perturunkan pada Ina yang pastinya...



akak seorang saja yang tahu..

Semoga Ina beroleh ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi liku-liku hidup ini dan semoga sukses selalu hendaknya...Amin. 
posted by Khaty Sew at 7:19 AM 0 comments

Tuesday, May 1, 2012

ANAK DIDIK 32 - Diyana



Assalam semua....

Diyana mendapat mesin jahit dan dorongan menjahit daripada ibunya ketika masih dibangku sekolah.  Malah ibunya juga mengambil tempahan sedikit masa dulu tetapi bagi Diyana masih lagi tidak berpuas hati dan ingin belajar dengan Khaty Sew.  Seronok katanya.  Entahlah... bagi akak yang penting mesti rajin buat homework dan terus jahit dan menjahit.  

Semasa kelas Diyana rajin dan tekun.  Kelihatan Diyana membongkok ketika membuat pola dan menanda garisan basi jahitan.  Mula-mula belajar basi jahitan perlu diambil perhatian tetapi bila dah pro nanti barulah boleh terus congak-congak basi jahitan dan terus potong kain.  Macam orang kata"the scissors will never fail from cutting"....melainkan jika gunting itu tumpul.





Amboii....tengoklah gaya Diyana bergaya dengan baju baru! 


.kata Diyana...."macam nilah aunt...macam nilah....layan saja Diyana ..janji puas hati  bila baju siap sepenuhnya..







lepas bergaya..






Namun yang pastinya setiap kelas One-to-One yang dijalankan ada auranya..haha...That's what ex-student remarked ...kena buat suatu survey nanti selepas habis kelas...insyaalah..


Segala yang baik itu dari Allah dan segala kelemahan itu datang dari akak sendiri..seribu kemaafan dipinta jua.




Kak Khaty







posted by Khaty Sew at 8:41 PM 1 comments