Khaty Sew
Tuesday, May 1, 2012
ANAK DIDIK 32 - Diyana
Assalam semua....
Diyana mendapat mesin jahit dan dorongan menjahit daripada ibunya ketika masih dibangku sekolah. Malah ibunya juga mengambil tempahan sedikit masa dulu tetapi bagi Diyana masih lagi tidak berpuas hati dan ingin belajar dengan Khaty Sew. Seronok katanya. Entahlah... bagi akak yang penting mesti rajin buat homework dan terus jahit dan menjahit.
Semasa kelas Diyana rajin dan tekun. Kelihatan Diyana membongkok ketika membuat pola dan menanda garisan basi jahitan. Mula-mula belajar basi jahitan perlu diambil perhatian tetapi bila dah pro nanti barulah boleh terus congak-congak basi jahitan dan terus potong kain. Macam orang kata"the scissors will never fail from cutting"....melainkan jika gunting itu tumpul.
Amboii....tengoklah gaya Diyana bergaya dengan baju baru!
.kata Diyana...."macam nilah aunt...macam nilah....layan saja Diyana ..janji puas hati bila baju siap sepenuhnya..
lepas bergaya..
Namun yang pastinya setiap kelas One-to-One yang dijalankan ada auranya..haha...That's what ex-student remarked ...kena buat suatu survey nanti selepas habis kelas...insyaalah..
Segala yang baik itu dari Allah dan segala kelemahan itu datang dari akak sendiri..seribu kemaafan dipinta jua.
Kak Khaty
posted by Khaty Sew at 8:41 PM
1 Comments:
Salam.. nak tanya, kalau nak blajar jahit baju kurung riau , yuran belajar berapa?
Post a Comment
<< Home