Khaty Sew

Sunday, December 18, 2011

ANAK DIDIK 28 - Azian

Assalamualaikum w.r.t....

Guru muda ini juga ingin belajar menjahit. Dapat jahit baju sendiri pun sudah memadai buat masa sekarang katanya. Insyaalah bila sudah mahir nanti bolehlah ambil tempahan menjahit baju kawan-kawan seangkatan. Boleh?





Strategi akak mengajar ialah dengan merancang supaya setiap selok-belok jahitan dapat difahami dan seterusnya boleh menjahit sendiri. Seolah mahu pergi berjuang pula. Namun perkara penting perlu kita ingat iaitu latihan mesti selalu dibuat selepas belajar kerana takut mudah lupa. Menjahit ialah kemahiran dan bukan bila sudah belajar lepas tu simpan.

Di akhir kelas baju kurung sudah pun siap. Alhamdullilah.




Seperti biasa mesti ambil gambar bersama sebagai kenangan akak di hari tua ..hihi..




Jumpa lagi...

SELAMAT TAHUN BARU 2012...yang pasti lebih banyak lagi cabaran menanti.



Kak Khaty

Labels:

posted by Khaty Sew at 12:25 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home