Khaty Sew

Monday, January 10, 2011

ANAK DIDIK 20 - AMALINA@KAK LONG


Assalamualaikum w.r.t..

Booking slot Ahad belajar menjahit diuruskan oleh ibunya yang merupakan rakan sekerja Yus. Sudah lama hasrat ingin belajar menjahit terpendam dihati Kak Long sehingga ke hari ini. Bagi Kak Long seorang wanita itu mesti lengkap dengan kriteria 3M iaitu mesti pandai Masak, boleh Menjahit dan pandai Mengaji.



Segolong ijazah sudah pasti diperolehi kerana sekarang sedang bekerja keras menyiapkan tesis namun baginya semester akhir ini banyak pula masa terluang, so why not belajar menjahit.


Mula belajar menjahit daripada neneknya yang suka menjahit sehiggalah dapat mewarisi mesin jahit nenek kini Kak Long mesti pandai menjahit. Kelihatan Kak Long yang sentiasa ceria dan bersemangat BOLEH melayangkan "peacenya" bila akak snap foto. "He..he..boleh siap ke ni Aunty?"



Di penghujung hari itu sempat berfoto bersama. Baju kurung hanya 40% siap. OK lah tu. Kena lebih banyak latihan dan jangan putus asa yer Kak Long.









Foto baju kurung yang telah siap diambil pada hari yang berlainan kerana ingin memastikan jahitan dibuat dengan betul dihadapan mata cikgu.
"Lihatlah baju kurung berbunga-bunga saya dah siap!".






Pada hari yang sama juga tanpa membuang masa, Kak Long terus memotong dua pasang kain lagi untuk latihan seterusnya. Semoga Kak Long dapat menyiapkan baju-baju tersebut tanpa banyak masalah.

Syabas!



Labels: ,

posted by Khaty Sew at 8:10 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home