Khaty Sew

Tuesday, November 9, 2010

ANAK DIDIK 17&18 - Kelly & Yatie

Assalamualaikum,

Semoga segala urusan dunia dan akhirat berjalan dengan sebaik-baiknya. Amin.

Kali ini kita belajar menjahit manik pula. Kelly dan Yatie merupakan rakan sepejabat As. Kedua-duanya berminat belajar menjahit manik setelah mendapat dorongan dari As.


Teknik belajar "hands-on" iaitu menjahit bersama-sama. Belajar menjahit dari zero knowledge sehingga pandai buat bunga sequin. Terdapat 20 jenis jahitan dan kebanyakanya jenis jahitan "back-stitch" dan tali air. Menjahit manik is "patient & passion". Pelbagai jenis manik dipilih dengan teliti kemudian dengan kemas dijahit pada baju. Untuk belajar kali ini manik dijahit pada kain cotton putih yang telah siap dipotong persegi. Bermula dengan melukis garisan lurus dengan pen DMC kemudian.....dan seterusnya...sampai siap. Hasilnya merupakan suatu seni sulaman yang cantik berona memikat sipemerhati.


Mari-mari pilih saja warna yang berkenan di hati begitulah rancaknya Kelly dan Yatie pada hari itu. Kelas jahitan bermula dengan lawak jenaka, usik mengusik dan cabar mencabar antara satu sama-lain. Selalu membandingkan pemilihan warna manik yang paling cantik dan jahitan mana kemas. Sesekali As datang spot-check...boslah katakan..he..he..Borak-borak juga, jahit-jahit juga.




Kelly yang pada awal lagi mendapat selesema digagahi juga untuk datang belajar. Kesian juga akak melihat Kelly kerana pada pertengahan kelas terpaksa baring sebentar disebabkan kepalanya yang terasa pening dan berat. Mahu rasanya akak lari sekejap ke farmasi membeli ubat selesema kerana stok ubat selesema akak kehabisan apa kan daya tak boleh berbuat demikian kerana pelajaran mesti diteruskan.

Akhirnya berjaya juga Kelly dan Yatie menamatkan pelajaran asas jahitan manik pada hari itu.

Terima Kasih diucapkan kepada As kerana telah membawa bubur pulut hitam untuk dimakan bersama-sama. Dapat juga bonda akak merasa kerana beliau berehat di rumah akak pada ketika itu. Sedap betul buburnya.

Alhamdullilah.



Kak Khaty


Labels:

posted by Khaty Sew at 7:45 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home