Khaty Sew

Friday, August 6, 2010

ANAK DIDIK KE 15 - ILA

Assalamualaikum warahmatullah...



Ila ingin mendalami bidang jahit-menjahit dan menjadikannya sebagai suatu sumber pendapatan. Pernah disuruh oleh ibubapa supaya belajar menjahit sepuluh tahun lalu. Tahu sajalah kalau sudah kena suruh makanya kita akan belajar sambil lewa. Menyedari betapa ruginya peluang yang ada dibiarkan berlalu begitu saja, kini Ila ingin kembali menjahit kerana minat datang lagi.




Pada ketika itu segala-galanya telah dipelajari seperti blaus, baju kurung sehinggalah baju melayu dan sekarang sebagai "warming-up come-back" Ila ingin belajar cara-cara mengukur dan menjahit kemas baju kurung riau. Ila juga mendapat sokongan daripada seisi keluarga terutama kakaknya. Baju kurung yang dikerjakan itu pun ialah kepunyaan kakaknya. Masti jahit elok-elok ya..pesan kakak sebelum datang belajar pada hari itu.


Kelas berakhir jam 6.30 petang. Tidak begitu susah bagi akak untuk mengajar kerana asas sudah ada walaupun sepuluh tahun ditinggalkan namun daya kesungguhan dan ketelitian masih dititik beratkan sebagai cerminan kejayaan di masa akan datang.


Akak abadikan foto akak dengan Ila di sini sebagai kenangan...



Kepada Ila, semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan dalam hidup ini.....


PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI,
TEKUN DAN SABAR KEJAYAAN MENANTI

Kak Khaty

Labels:

posted by Khaty Sew at 6:37 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home