Khaty Sew

Friday, October 15, 2010

ANAK DIDIK 16 - Cik Ya







Assalamualaikum,




Gembiranya Cik Ya apabila berjaya menyiapkan baju kurungnya sendiri. Terbayang keceriaan di wajahnya pada punghujung kelas. Kelas berakhir hampir jam 6.30 petang. Katanya, bahagian leher ingin disudahi dengan jahitan mata lalat maka dibiarkan begitu sahaja selepas dijahit jelujur kasar. Cik Ya ialah rakan sepejabat Az yang pernah menghantar tempahan baju raya pada akak hari itu. Ahad itu mereka datang bersama-sama berserta dengan Kimi.









Banyak juga jasa Az pada akak ialah memperkenalkan kawan-kawannya yang minat belajar kepada akak dan macam-macam lagi. Tak terbalas rasanya. Allah saja yang dapat membalasnya.



Sementara akak sibuk mengajar Cik Ya tentang bagaimana memotong kain menggunakan teknik tarik benang Az pula "keep herself occupied" menyiapkan jahitan manik dan mata lalat pada baju yang dibawanya sendiri. Sesekali sementara menunggu Cik Ya mengadap mesin akak melayan Az yang leka dengan jahitan maniknya. Duduk dilantai sebelah meja jahit pun sudah selesa baginya. Pandai dan kreatif sungguh Az mengolahkan warna-warna manik kacang sebelum dijahit pada baju. Yang pasti baju hari itu bukanlah baju customernya yang pertama kerana banyak lagi yang dah siap dan telah pun bertukar tangan.



Jam hampir pukul tujuh dan selepas habis kelas kami bergegas turun kebawah untuk mendapatkan Kimi di swimming pool yang telah berendam lama sehingga kecut kesejukan.

Kami sempat bergambar berempat. Kelihatan Kimi berbalut dengan tuala mandi kesejukan!
posted by Khaty Sew at 6:51 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home