Khaty Sew

Thursday, December 16, 2010

ANAK DIDIK 19 - Yus



Assalamulaikum w.r.t...





Kali ini Yus pula ingin belajar menjahit baju kurung. Mesin jahit pemberian ibunya sudah lama berehat disudut rumahnya. Hari-hari berlalu rasa merugi kerana melihat saja mesin jahit tersebut tanpa menggunakannya dengan sebaik mungkin. Yus juga sering membaca blog Khaty Sew dan kawan-kawan sepejabat kadang-kadang mengusik bilalah agaknya akan terbit blog bernama "U Sew". Yus menyahut cabaran kawan-kawannya dengan gembira.






Yus suka dengan warna kain yang dikerjakannya pada pelajaran hari itu.


Hari itu kelas bermula jam 10.00pagi. Menggunakan teknik tarik benang dan cara jahitan "I do you do" sepasang baju kurung 95% dapat disiapkan. Yus berasa amat gembira dan bercadang untuk menayang baju kurung baru jahitan sendiri pada hari jemputan kenduri kahwin nanti. Tahniah akak ucapkan kepada Yus. Semoga lepas ini dapat menjahit lebih banyak baju lagi sebagai latihan dan untuk memahirkan diri. Seperti kata seorang pujangga cina:




Give a man a fish and you feed him for a day.

Teach a man to fish and you feed him for a lifetime.



Jadi kepada Yus akak ucapkan selamat berjaya dan jika ada apa-apa masalah rajin-rajinlah bertanya.


Akak sempat bergambar bersama pada petang yang ceria itu.






Kak Khaty

Labels:

posted by Khaty Sew at 10:47 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home