Khaty Sew
Friday, January 21, 2011
ANAK DIDIK 21 - WATIE
Assalamualikum w.r.t,Ketika bekerja di sebuah butik dahulu Watie tidak berpeluang untuk belajar menjahit disebabkan kesuntukan masa. Jika ada baju pengantin yang hendak di "alter" serahkan saja padanya kerana akak pasti akan jadilah baju tersebut mengikut saiz badan yang kita mahu. Cubalah.
Watie memilih pakej180 perlu menyiapkan empat pasang baju dalam masa dua bulan, mesti siapkan baju Cikgu sepasang dan memblog. Beberapa gaya Watie yang sempat akak snap ketika sedang belajar.
Tenang dan senyum saja dia sambil mengosok kain yang telah dipotong dan dijahit tepi. Ada gaya nampaknya. "Tak siap lagi ni Aunty..."
Ketika sedang menjahit melekatkan getah di kain..senang saja mengajar kalau ada asas.
TADA!...baju siap 93%...good job!...good job!...
yang 7% lagi tu ialah kelim tepi baju dan kain
Kak Khaty
Labels: belajar menjahit baju kurung
posted by Khaty Sew at
8:20 PM
Monday, January 10, 2011
ANAK DIDIK 20 - AMALINA@KAK LONG
Assalamualaikum w.r.t..
Booking slot Ahad belajar menjahit diuruskan oleh ibunya yang merupakan rakan sekerja Yus. Sudah lama hasrat ingin belajar menjahit terpendam dihati Kak Long sehingga ke hari ini. Bagi Kak Long seorang wanita itu mesti lengkap dengan kriteria 3M iaitu mesti pandai Masak, boleh Menjahit dan pandai Mengaji.
Segolong ijazah sudah pasti diperolehi kerana sekarang sedang bekerja keras menyiapkan tesis namun baginya semester akhir ini banyak pula masa terluang, so why not belajar menjahit.
Mula belajar menjahit daripada neneknya yang suka menjahit sehiggalah dapat mewarisi mesin jahit nenek kini Kak Long mesti pandai menjahit. Kelihatan Kak Long yang sentiasa ceria dan bersemangat BOLEH melayangkan "peacenya" bila akak snap foto. "He..he..boleh siap ke ni Aunty?"
Di penghujung hari itu sempat berfoto bersama. Baju kurung hanya 40% siap. OK lah tu. Kena lebih banyak latihan dan jangan putus asa yer Kak Long.
Foto baju kurung yang telah siap diambil pada hari yang berlainan kerana ingin memastikan jahitan dibuat dengan betul dihadapan mata cikgu.
"Lihatlah baju kurung berbunga-bunga saya dah siap!".
Pada hari yang sama juga tanpa membuang masa, Kak Long terus memotong dua pasang kain lagi untuk latihan seterusnya. Semoga Kak Long dapat menyiapkan baju-baju tersebut tanpa banyak masalah.
Syabas!
Labels: masak, menjahit dan mengaji
posted by Khaty Sew at
8:10 PM
Saturday, January 1, 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2011
Assalamualaikum w.r.t,
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!
Azam baru, semangat baru, jiwa baru dan baju pun baru.
Rasanya belum terlambat lagi bagi akak mengucapkan selamat tahun baru 2011. Yang penting ialah apa yang kita rancang dan catit di dalam diary 2011 kali ini tercapai dengan lebih baik dan berkesan lagi. Kalau target ingin membaca sebulan satu buku makanya belilah buku tersebut dan bacalah. Janji habis baca sebuah buku satu bulan.
Ada anak didik akak merancang untuk menjahit sebulan dua pasang baju kurung. Itu azam 2011 untuk permulaan dan baru berjinak-jinak menjahit. Teruskan! Semoga berhasil sehingga kemudiannya dirasai mesin jahit yang ada perlu diupgrade. Anda perlu rancang kerja anda. Kalau sebulan ingin menjahit dua pasang baju kurung, lebih baik kita gunting kain terlebih dahulu. Kemudian hantar kedai jahit tepi dan seterusnya siapkan kain terlebih dahulu. Akhirnya selesaikan jahitan baju. Senangkan. Kalau kita jahit sampai siap sepasang, kemudian pakai...rasa seronok pakai baju baru akan menjadi lebih seronok daripada menjahit. Agaknyalah...bukan "kata orang".
foto diambil malam tahun baru...what you see is not like what I saw because "cik kanon" tak dapat menjalankan tugasnya dengan baik pada night scene.
Harap maaf.
Kak Khaty
Labels: tahun baru 2011
posted by Khaty Sew at
8:25 PM